MUSIM PERKAHWINAN

Musim perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kita nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
justeru dia hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

Musim perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri itu tanah kita pemugarnya
dia kiasan tanaman kita gembalanya
dia adalah murid kita mursyidnya
dia bagaikan anak kecil kita tempat bermanjanya
saat dia menjadi racun kita penawar bisanya
dia tulang yang bengkok
berhati-hatilah meluruskannya

Musim perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
kita belajar meniti sabar dan redha
memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru kita tersentak daripada alpa
kita bukannya Rasulullah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh

SELAUT KASIH ...

Esok, genap la 44 hari berpantang...sekejap je rasa... 5 sept dah mula sekolah semula...Sepanjang berpantang, insan yang paling banyak membantu dan memberi sokongan dari segi mental dan fizikal semasa berpantang tentunya suami tercinta...maklumla, herny ni penakut sikit ( sikit ke banyak ?! hehe...) terima kasih abang atas segala2nya..terima kasih juag atas kesabarab abang melayan kerenah herny yang berbagai semasa berpantang..tak dapat di luahkan dengan kata-kata hanya ucapan terima kasih yang mampu diungkapkan..tapi yang pasti rasa kasih dan sayang bertambah dari hari ke hari...Semoga selaut kasih ini semakin bertambah dan berkekalan hingga akhir hayat...

THANK YOU SO MUCH!


Ini adik-adik Herny...Firdaus (berkaca mata) dan Fida'iy...Fir belajar di Mesir dan Fid belajar di Yaman...masa pernikahan kami budak berdua ni tak dapat balik tapi masa kelahiran 'Ayyash budak berdua ni ada peluang untuk balik..alhamdulillah, kedua2nya dapat la meneman herny ketika dalam pantang....tolong bakar tungku, basuh kain, dodoikan baby...terima kasih adinda2 ku kerana membantu..Hanya Allah yang dapat membalasnya wahai Pak Ngah n Pak Su... :-)

ALFUN MABRUK!


Selamat Pengantin Baru kepada Maziah n Nazmun yang telah melangsungkan perkahwinan pada 17 Ogos yang lalu...Maziah ni sahabat baik herny dari Al-Ihsan hingga UIA. Tapi di UIA la menjadi lebih rapat dan berkongsi suka duka...Sampai sekarang hubungan tidak terputus apatah lagi keluarga kami juga saling mengenali dan bersahabat antara satu sama lain..dan yang paling penting Maziah la orang penting dalam hubungan kami berdua :-) ...Untuk Maz n Naz, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, pernikahan ini bukannya titik akhir tapi titik bermulanya kehidupan dunia dan akhirat..


inila wajah 'ayyash yang terkini...hehehe..bulat dah muka..kembung dah pipi..dagu pun dah dua..kuat menyusu...


amboiiii...sedapnye tido...posing maut ni..siap tongkat dagu lagi..ini la gaya 'ayyash kalu tido..tanda2 lena la ni..


ayyash semasa berumur 14 hari.ni baru dapat gambar yg buka mata...sebab asyik tido je..

Ayyash semasa berumur 7 hari...masa majlis aqiqah ni..


ini masa hari kedua Ayyash..dah di rumah