RAMADHAN KAREEM...ALLAHU AKRAM!

Selama 11 bulan dalam setahun, kita sentiasa mengisi perut dengan makanan.Makanan ini masuk ke dalam perut mengikut waktu ataupun mengikut hawa nafsu yang tidak menentu. Apabila kita makan, anatar organ yang tidak pernah berhenti berehat adalah hati, perut, limpa dan sebagainya. Mereka menerima dan memproses makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan. Malangnya organ ini disalahguna bagi memenuhi tuntutan nafsu makan. Apabila organ ini tidak rehat secukupnya, keupayaannya menurun dan sistem penghadaman boleh berlaku.

Oleh itu Allah memperuntukkan dalam setahun, hanya satu bulan dipilih bagi merehatkan sistem badan ini. Ia bagi merehatkan sistem dan mengembalikan kekuatannya. Selain itu, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan merehatkan pergerakan jantung, usus dan sebagainya serta memulihkan kecergasannya. Hasilnya memberangsangkan setiap kali menjelng waktu berbuka dan selepas hari raya.

Dr Carlo dari Amerika Syarikat menasihatkan orang ramai supaya berpuasa selama tempoh tertentu dalam setahun mengikut contoh puasa orang Islam. Ia bagi mengurangkan kadar kuman dan bakteria yang berpunca daripada makanan.

Beliau menegaskan " Islam adalah agama terbaik kerana mewajibkan puasa dan menjaga kesihatan. Muhammad yang membawa ajaran ini membawa ajaran yang baik dengan menganjurkan supaya mengawal sakit melalui puasa dan solat. Ada pessakit yg saya nasihatkan supaya mencontohi orang Islam supaya berpuasa bukan kerana ibadat tapi rawatan. Ia menunjukkan kesan yang menyembuhkan".

Ini adalah pengakuan pakar perubatan bukan Islam mengenai puasa. Kelebihan ini berlaku dengan syarat individu itu berpuasa dan menjaga adab ketika berbuka puasa.

Sekadar renungan bersama....dipetik dari buku yang di beli oleh my hubby sempena ramadan bertajuk "Ramadhan Tetamu yang Dirindui" tulisan Dato' Ser Haji Abdul Hadi Awang...

Take 5...


Ini dah kepenatan bermain, maka 'ayyash dan cousin nye, uwais take 5 sekejap untuk minum susu hehehe...

Senyum....

Control....hehehe...


Senyum....Click!!!

Ini gambar kami bertiga...masa konvo tak bawa 'ayyash sebab takut penularan H1N1...jadi tinggal kan aje dia dengan baby sitter...kami bawa ke studio aje untuk bergambar kenangan...2 orang pekerja studio tu kena main2 n menarik perhatian si kenit untuk dapatkan pose ni...kalu tidak asyik nak turun n merayap aje...berpeluh umi n abi melayannya....

Gambar-gambar Konvo UM 2009

Alhamdulillah...
Kenangan bersama anak dan isteri Hj Mail

Kenangan bersama Hj Mail dan isteri


Sebelum masuk ke dewan...



Duduk sama rendah berdiri tak sama tinggi hehehe....





yummy....

Jom potong kek! yummy...


Cot ni pun sedap...Yummy...


Bestnye roti bakar ni...Jemput makan..Yummy...
Ni sume gambar si kenit ni makan...sekarang dah pandai nak makan sendiri..nak pose ni kena cari high chair la kat 'ayyash..nanti tak berbuka umi dan abi... :-)


Konvokesyen UM 2009

Bersama rakan seperjuangan, Haji Mail Besar yang kini merupakan salah seorang Gabenor Wilayah di Negara Brunei Darussalam.


Bersama ibu dan kedua mertua...terima kasih..

Bersama isteri tercinta...abadi selamanya...


Di lorong DTC...

.....tiada ayat yang boleh aku ucapkan melainkan Alhamdulillah atas kejayaan ini. Terlalu panjang perjalanan mendapatkan segulung ijazah Sarjana ini walaupun bermula awal setelah menamatkan sarjana muda pada tahun 2002, setelah menamatkan kelas wajib selama setahun, pada pertengahan tahun 2003 sehingga 2004 persiapan awal menulis tesis telah aku lakukan, namun pada pertengahan tahun 2004 pihak MARA telah menamatkan pinjaman pelajaran yang merupakan satu-satunya sumber kewangan terbesar aku pada masa tu. Pihak MARA sepatutnya memberikan pinjaman sebanyak 16 ribu sebagaimana yang telah dipersetujui dalam surat perjanjian..namun kerana kegawatan ekonomi pada ketika itu permohonan aku untuk mendapatkan perlanjutan pinjaman telah tidak diluluskan dan pinjaman telah diberhentikan ketika pinjaman baru berjumlah lebih kurang 14 ribu..Dengan itu aku mengambil keputusan untuk kembali ke Kuantan. Tahun 2005 aku telah ditawarkan mengikuti KPLI di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Harapan untuk menyelesaikan penulisan tesis ketika kursus ini hanya tinggal harapan. Jarak yang jauh daripada KL dan ketiadaan bahan-bahan, selain kursus yang sangat padat jadualnya menyebabkan aku menangguhkan penulisan tesis dan menumpukan kepada KPLI sepenuh masa. Tamat tahun 2005, aku memulakan lembaran kehidupan baru di negeri bawah bayu apabila aku di postingkan untuk mengajar di bumi indah Tenom Sabah, sebuah kawasan pedalaman yang jaraknya daripada Kota Kinabalu lebih kurang 250 km. Maka sekali lagi penulisan tesis ini tertangguh dan menyebabkan aku tidak boleh konvo. Namun dengan sedikit kekuatan yang diberikanNya aku mengambil keputusan untuk pulang ke semenanjung setiap cuti persekolahan untuk menyelesaikan penulisan tesis ini. Alhamdulillah ketika penulisan tesis sampai ke peringkat akhir pada pertengahan tahun 2008 permohonan aku untuk bertukar mengajar di semenanjung telah diluluskan oleh pihak kementerian. Ini memberi peluang yang luas untuk aku menyelesaikan penulisan tesis ini..2 minggu setelah pulang ke semenanjung, kami di kurniakan cahaya mata pertama `Ayyash Amjad..maka aku pun menangguhkan sekali lagi penulisan tesis ini selama lebih kurang 2 bulan untuk memberi tumpuan menguruskan baby dan uminya..Setelah itu aku hanya mempunyai lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menghabiskan penulisan tesis sebelum tamat tempoh...aku pun membuat pecutan terakhir dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tesis pun berjaya disiapkan...sepanjang perjalanan menyiapkan tesis ini aku telah mendapat bantuan yang sangat berharga daripada ramai individu yang memberikan galakan, motivasi, bantuan kewangan, sumbangan idea dan sebagainya...Penghargaan yang tidak terhingga aku rakamkan buat isteri tercinta Herny Farhanna yang menaip sebahagian tesis ini dan memberikan bantuan-bantuan lain yang tak dapat disebutkan, Dr Mohd Fauzi bin Hamat yang menyelia tesis yang aku tulis dengan tolak ansur dan pemahaman yang sangat tinggi atas keadaan yang melingkungi aku sepanjang penulisan tesis ini...kepada individu-individu lain yang membantu dan rakan-rakan seperjuangan, Khairiyyah Parmin, Haji Mail Besar (Brunei), Norfarani, Kak Suliah, Kak Hamimah, Syahmun Yahya, Ustaz Baha` bin Mokhtar semoga tuhan membalas dengan sebaik-baik balasan atas bantuan dan galakan kalian..amin.
p/s : alfun mabruk alaik!!! lot's of love..herny & 'ayyash...

ABI...TOLONG...




ayyash skrg rajin menjelajah..dari sebesar2 tempat sampai la ke sekecil2 tempat...tengok ni celah sliding door pun dia nak menyelit..pastu kepala dia tak boleh pusing..panik sekejap kami berdua...nasib tak sampai ke hujung pintu lagi...

SATU TAHUN DAH...

bersama hadiah2 nye.. dari wan n aki, tok ki n nenek, oni, wan de dan auntie salli n auntie lim..tq...


Salam...lama tak taging..umi ayyash ni busy skrg hehehe...7 Julai lepas budak kenit ni dah 1 tahun...kejap je dah boleh jalan anak umi ni..bukan setakat jalan tapi jadi 'bibik sukarela' kat umah...mengemas umah...huhuhu..ayyash....ayyash...