NUZUL AL-QURAN




Pada hari 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431 hijrah, berlaku peristiwa besar dalam sejarah Islam. Apabila disebut Nuzul al-Quran, pasti ramai yang tahu mengenainya. Namun, jika disebut Badar Kubro, ramai diantara kita yang tidak mengetahuinya. Perkara ini berlaku mungkin kerana tidak banyak info dan maklumat disebarkan berkenaan peristiwa Badar Kubro berbanding dengan peristiwa Nuzul al-Quran yang amat masyhur dikalangan umat Islam di Malaysia.

NUZUL AL-QURAN
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadah, jinayah, muamalah, sains, teknologi dan sebagainya. Firman Allah S.W.T : Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). – al-An’am : Ayat 38

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – al-‘alaq : Ayat 1-5

BADAR KUBRO
Tanggal 17 Ramadhan juga, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan. Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut. Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan. Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang. Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad S.A.W kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering. Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah untuk meminta pertolongan. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan mudah 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Perang akhirnya meletus dan diakhiri dengan kemenangan dipihak Islam yang serba kekurangan disegi kelengkapan tetapi tinggi disegi keimanan dan keperwiraan.

HIKMAH DAN PENGAJARAN
Pertama : Perang atau Jihad, adalah satu kefardhuan bagi umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ia adalah suatu yang realiti. Persediaan kearahnya adalah mesti. Tuntutan terhadapnya demi kemenangan Islam adalah pasti.
Kedua : Didalam hidup ini, kadangkala kita menghendakki sesuatu tetapi Allah menghendaki yang lain pula, dengan hikmah yang tertentu yang hanya diketahui olehNya.
Ketiga : Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan Allah S.W.T yang menentukan kejayaan.

taraaaa...

dah 8 bulan...baru boleh duduk...

kami la anak abi n umi...sape gaye abi n sape gaye umi ni?!!!

baby besau n baby kecik hehehe...

ya allah ayyash!!!!!

habisla powder tu ayyash...nak pi opera ke?

dah lama tak update..busy betul...hehehe..membusykan diri sebebnarnya...mesti maziah marah ni lama tak update...

areej dah lapan bulan semalam...dah merata perginye...baju ari2 itam la hehehe..si abang pulak suka menyakat...adiknye cengeng...kejap2 waaaaaaaa...suara adik la menangis..abang cucuk hdung, belasah adik dengan siku..time sayang, kejap2 cium, peluk..ayyash ayyash..budak2...mana faham ye tak...itulah karenah anak2 umi..bahagia rasa kan bang?? heheheh

3rd Anniversary

Hari ni 1 jun dah genap 3 tahun usia perkahwinan kami..sekejap je ye bang..pejam celik pejam celik dah anak 2...tup2 kejap lagi 3 pulak hehehe...alhamdulillah, semoga Allah pelihara hubungan ini hingga akhir hayat, terpelihara dari fitnah dan aib dunia akhirat...semoga kasih sayang terus mekar dan berkembang (jangan badan aje mengembang kan heheh).. umpama kata2 "berdua denganmu, pasti lebih baik, aku yakin itu..." Semoga hari ini kita lalui akan lebih bermakna dari hari2 sebelumnya...

6 BULAN..

menung ape tu dik...


gembiranye...

dah nak masuk 6 bulan dah areej ni..kejap je..mulut pun dah riuh..ape taknye, mentor hari2 menjerit..siape lagi kalu bukan abangnye..'ayyash le...tapi dah nampak sifat brotherly nye hehehe...kalu adik nangis cepat2 bertindak, kalu tak panggil umi, dia cari botol susu..kalu bangun pagi mula2 sekali panggil adik...sikit2 nak cium adik..adiknye pun kamcing giler dgn ayyash..nampak ayyash je menyengih n ketawa hehe...bahagianya rase...




SELAMAT HARI GURU

Salam...bulan Mei ni merupakan hari yang sibuk dan banyak tarikh penting huhu...ada 5 org yang sambut hari lahir dalam Mei ni..my hubby, pak cu, hanis, syahmi n tirah..ditambah dengan hari ibu n hari guru..

Sempena hari guru ini, nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik n membimbing hingga menjadi manusia yang dapat mencurahkan ilmu kepada generasi akan datang..kalau nak kira, memang ramai guru yang telah mengajar dari tadika sampai ke menara gading..moga kalian dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..terima kasih cikgu...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu Tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



TAHNIAH!!

Tahniah kepada sume pelajar2 SMART yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru2 ni...alhamdulillah seramai 32 org dapat straight a's..SMART mendapat ranking pertama di Kuantan. Tahniah kepada semua pelajar yang gigih belajar, guru2 yang berusaha memajukan pelajar, ibu bapa yang memberi sokongan dan pihak pentadbir bersama-sama dalam melakarkan kejayaan ini...

Kepada izzah razak, balqis, anis, afiq, haziq, fadhil, husna, hani, aimi, umairah, shakirah dan sume anak2 murid, tahniah...ingatlah bahawa kejayaan semalam adalah nostalgia..jangan leka dengan kejayaan yang telah dicipta, usaha lagi untuk kejayaan demi kejayaan untuk masa depan..moga kalian dipermudahkan ALlah dalam urusan kehidupan...

'AYYASH@AREEJ



ibn wa bint ifzam...

menung ape tu dik?...

wah...cerianye anak2 umi...

Tak sangka..diam tak diam dah hampir 3 bulan dah usia areej. dah pandai senyum bila di agah..kalau bercakap2 dengan dia, mesti ada sahutan..kalau uminye nak tinggalkan kat babysitter tiap pagi, mesti ada bunyi ucap bye heheh..bijak anak umi ni..mata bulat senyum lebar heheh..kalu menangis pun suaranya kuat macam abi huhuhu..

Si 'ayyash pulak dah setahun tujuh bulan dah..dah bermacam kemahiran dah belajar..tapi yang pasti, apa yang dia nampak kita buat walaupun sekali je, mesti dia ikut..kalau ajar alphabet n numbers, cepat ingatnya..baru2 ni belikan dia selipar baru ada gambar kapal..tunjuk kat ayyash ini gambar kapal..pastu dia pegi dekat bakul mainan cari buku, siap buka lagi page yang ada gambar yacht...cepat ingat betul budak sorang ni..kitorang sekarang nak buat ape2 pun kena hati2 takut nanti perkara tak elok pun ayyash tiru heheh...kalu jumpe handset lagi suka...siap berlakon cakap2 lagi...