SELAMAT HARI GURU

Salam...bulan Mei ni merupakan hari yang sibuk dan banyak tarikh penting huhu...ada 5 org yang sambut hari lahir dalam Mei ni..my hubby, pak cu, hanis, syahmi n tirah..ditambah dengan hari ibu n hari guru..

Sempena hari guru ini, nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik n membimbing hingga menjadi manusia yang dapat mencurahkan ilmu kepada generasi akan datang..kalau nak kira, memang ramai guru yang telah mengajar dari tadika sampai ke menara gading..moga kalian dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..terima kasih cikgu...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu Tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



TAHNIAH!!

Tahniah kepada sume pelajar2 SMART yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru2 ni...alhamdulillah seramai 32 org dapat straight a's..SMART mendapat ranking pertama di Kuantan. Tahniah kepada semua pelajar yang gigih belajar, guru2 yang berusaha memajukan pelajar, ibu bapa yang memberi sokongan dan pihak pentadbir bersama-sama dalam melakarkan kejayaan ini...

Kepada izzah razak, balqis, anis, afiq, haziq, fadhil, husna, hani, aimi, umairah, shakirah dan sume anak2 murid, tahniah...ingatlah bahawa kejayaan semalam adalah nostalgia..jangan leka dengan kejayaan yang telah dicipta, usaha lagi untuk kejayaan demi kejayaan untuk masa depan..moga kalian dipermudahkan ALlah dalam urusan kehidupan...

'AYYASH@AREEJ



ibn wa bint ifzam...

menung ape tu dik?...

wah...cerianye anak2 umi...

Tak sangka..diam tak diam dah hampir 3 bulan dah usia areej. dah pandai senyum bila di agah..kalau bercakap2 dengan dia, mesti ada sahutan..kalau uminye nak tinggalkan kat babysitter tiap pagi, mesti ada bunyi ucap bye heheh..bijak anak umi ni..mata bulat senyum lebar heheh..kalu menangis pun suaranya kuat macam abi huhuhu..

Si 'ayyash pulak dah setahun tujuh bulan dah..dah bermacam kemahiran dah belajar..tapi yang pasti, apa yang dia nampak kita buat walaupun sekali je, mesti dia ikut..kalau ajar alphabet n numbers, cepat ingatnya..baru2 ni belikan dia selipar baru ada gambar kapal..tunjuk kat ayyash ini gambar kapal..pastu dia pegi dekat bakul mainan cari buku, siap buka lagi page yang ada gambar yacht...cepat ingat betul budak sorang ni..kitorang sekarang nak buat ape2 pun kena hati2 takut nanti perkara tak elok pun ayyash tiru heheh...kalu jumpe handset lagi suka...siap berlakon cakap2 lagi...




GELAGAT 'AYYASH


jom main badminton..gaya seorang cucu pensyarah pj hehe..
tiap ptg aki ajak joging n main badminton hehe

berehat sebentar bersama kit kat...heheh paksu yg lebih pnt

suka sgt dengan makhluk raksasa ni hehe..

bergaya dgn baju dari mekah pemberian nenek dan tok ki..

gaya seorang abang yg melindungi tak ?
huhuhu...gaya ape ni yash?

PUTERI KAMI..


Alhamdulillah, pada 4 disember yang lalu, jam 10.47 malam, puteri yang dinanti selamat dilahirkan.beratnya 2.8kg dan tinggi 49cm..bertambahlah lagi seorang ahli keluarga kami. kelahiran kali ini, awal 12 hari..nasib tak sama dengan birthday umi, kalu tidak, untungla abi beli 1 kek aje hehehe...

Pada hari ke 7, kami adakan sedikit majlis aqiqah untuk puteri kami yang diberi nama AREEJ 'AFAF yang membawa makna haruman yang menjauhkan diri dari perkara yang haram.. dulu semasa di SMAI ada kawan nama areej juga. areej, kak herny mesti sentiasa ingat areej lepas ni hehehe...

'Ayyash sayang sungguh pada areej. asyik nak cium tapi tiba2 aje nanti dia sepuk kepala adiknya..abang long,abang long..ingat anak patung agaknya, adik gerak je dia nak pegang..

Dah selesai tempoh berpantang. tapi masih lagi bercuti di rumah. 2 feb nanti baru mula sekolah semula..alhamdulillah areej sama macam ayyash, bagi can umi tido malam..tak bangun malam pun kecuali nak menyusu aje bangun sekali..mesti dah dilatih masa mengandung lagi kuat tido ni hehehe..

Saya la Areej 'Afaf bt Ifzam..


areej lepas bercukur...

syejuknye syaya umi...


tq pada fidah, asyha, kay, tim n maz yang datang menziarah..
lama tak berkumpul bersama..hampir 3 tahun..
teringat zaman sekolah dolu2 heheh



Labbaikallahumma Labbaik

Sekarang ni musim orang dah mula berangkat ke Tanah Suci...seronok nye rasa dapat pergi..bila pulak giliran kita jadi tetamu Allah ye..Kalu sape2 yang mendaftar kat Tabung Haji sekarang, tahun 2025 baru dapat pi..

27hb baru ni ibu dan bapa mertua pergi menunaikan haji, tak ketinggalan guru semasa sekolah rendah dan sekarang bertugas di sekolah yang sama, cikgu Rosli dan isteri pun pergi jg..teringat pada satu buku yang pernah dibaca "Haji Muda" tulisan Ridzwan Bakar..rasa bersemangat nak pegi muda2 ni..selalunya di sana, orang Indonesia yang ramai pergi muda2..dan sekarang baru jadi ikutan negara kita...apa untungnya pegi haji muda2?..fizikal masih kuat untuk beribadah..hikmah haji dapat diaplikasi dalam kehidupan dan baru rasa bermakna...teringat seorang sahabat yang bercita2 dan berusaha bersungguh2 nak pegi haji sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah, pada umur 27 tahun, Allah memudahkan urusannya ke sana..tapi kalu tengok usaha nya mengumpul duit nak ke sana, masya allah..tak boleh lawan..sebab semangatnya nak menunaikan fardu yang kelima ni...

Dalam buku 'Haji Muda' ni, penulis sanggup menjual merce nye sebab nak pi haji dan meninggalkan anak yang ketika itu berusia 5 bulan..memang betul2 berkorban..terlintas di minda, orang sibuk2 tukar kereta baru, tambah aset tapi masih belum menunaikan haji, rugi 1 nikmat hidup...kalu memang dah mampu n dah pergi haji tak la kisah sangat kan..ini pun ALLAH dah uji kite dengan desakan2 dunia..nak test iman hambanya...cuma kite je kadang2 tak nampak atau buat2 tak nampak

Buku 'Travelog Haji' tulisan Prof Dr Muhd Kamil juga ternyata dapat memberi kesan kepada pembaca. kenapa orang yang pegi haji dikatakan tetamu Allah? Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, "Orang2 yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadanya pasti diampunkan". dan dalam satu lagi hadis dari Nasa'i dan Ibn Hibban "Tetamu Allah ada 3, orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang fisabilillah".

Allah memberi keistimewaan pada org2 yang solat di Masjidil Haram. Sekali solat di sana, pahalanya sama dengan 55 tahun 6 bulan 22 hari bersembahyang di masjid lain kecuali di Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. Sekiranya sehari semalam, pahalanya bersamaan 277 tahun 9 bulan 10 hari. Allah menurunkan 120 rahmatnya setiap hari di Masjidil Haram iaitu 60 rahmat untuk mereka yang bertawaf, 40 untuk mereka yang sembahyang dan 20 untuk mereka yang hanya memandang kaabah.

Di sana juga, terdapat tempat2 yang mustajab untuk berdoa spt di Multazam, Hijir Ismail, bawah pancur emas, Makam Ibrahim, Bukit Safa dan Raudhah. Segala2nya Allah bagi kepada hambanya untuk menyucikan dosa dan manambah pahala supaya kita dapat mengumpul bonus ini apabila bergelar tetamunya kelak...Insya Allah..amin...

Tak dapat digambarkan dengan kata2 keinginan untuk menjejakkan lagi ke tanah suci..semoga Allah mempermudahkan segala urusan, membersihkan hati untuk ke sana kelak andai terpilih bergelar tetamu Allah ini...Labbaikallahumma labbaik...

Congrats Onnie!

Sengihnye dia...lawa pula tu duduk..


Selepas majlis akad nikah...menguap pula si 'ayyash...

Majlis kenduri di Sg Lembing...


Majlis menyambut menantu di Tg Malim..
alhamdulillah akhirnye selesai sudah majlis kenduri acik n uncle amri...ayyash panggil onnie..uncle amri nak panggil ape pl yek hehe...penat kenduri sama penat je melayan si kecik ni...ni pun menaip sambil melayan si kenit...k'lah,tak leh lama..ape la yang si ayyash duk mengemas tu..senyap je bunyi nye...k...