'Heritage Village'

15 September 2007.
Kunjungan ke-3 Herny ke Sabah,kali ni ke Muzium Negeri Sabah. Rupanye bukan setakat muzium, ada pulak tempat yang di gelar 'Heritage Village' kat sini banyak rumah-rumah warisan penduduk pribumi Sabah..Kami pun naik lah satu persatu..Letih gak lah sebab dah puasa..Tapi seronok gak tengok bentuk rumah yang berbagai..

Bulan Al-Quran : Beberapa Sunnah Rasulullah dalam Bacaan Al-Quran.

Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran. Dalam bulan ini umat islam yang hidup ruh Islam dalam diri mereka berlumba-lumba mengkhatamkan al-Quran sambil mengharapkan pahala dan ganjaran yang tak terhingga seperti yang telah dijanjikan oleh Allah iaitu Zat yang menurunkan Kitab Suci tersebut. Dalam usaha kita bersama membaca al-Quran ada baiknya kita mengimbas sepintas lalu sunnah Rasulullah dalam bacaan Al-Quran. Beberapa sunnah Rasulullah dalam membaca al-Quran :

Pertama : Memastikan badan dan pakaian adalah bersih.

Kedua : Memastikan tempat dan persekitaran juga bersih.

Ketiga : Bersiwak atau memberus gigi sebelum membaca al-Quran.

Keempat : Berwudhu'

Kelima : Menghadap kiblat.

Keenam : Meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi.

Ketujuh : Tidak tergesa-gesa dan kelam kabut untuk mengkhatamkan bacaan.

Kelapan : Membaca dengan bertajwid.

Kesembilan : Membaca ta`awudz dan basmallah sebelum memulakan bacaan.

Kesepuluh : Bacalah dengan suara yang lunak merdu.

Sebahagian yang lain insyaaAllah akan saya sambung pada lain masa......masuk kelas dulu..

Ramadan Pantas Berlalu...

Sedar tak sedar hari ni dah hari ketujuh Ramadan. Seperti biasa hari-hari di bulan Ramadan berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Ramadan merupakan nikmat, hadiah dan kurniaan daripda Allah untuk umat Muhammad. Gandaan pahala untuk setiap amal ibadah yang dilakukan di dalam bulan ini tidak di temui dalam bulan-bulan yang lain.

Menurut para ulama Allah menggandakan pahala sesuatu amalan dalam tiga keadaan iaitu :

Yang pertama apabila ia dilakukan di tempat yang mulia seperti Allah menggandakan pahala satu rakaat sembahyang di Masjidil Haram seumpama 100 ribu rakaat. Begitu juga satu rakaat sembahyang di Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa yang masing-masing digandakan kepada 1000 rakaat dan 500 rakaat.

Sebab kedua Allah menggandakan pahala amal ibadat apabila ia dilakukan di dalam waktu-waktu yang mulia seperti Allah menggandakan pahala amal ibadat yang dilakukan di dalam bulan Ramadan.

Manakala sebab yang ketiga Allah menggandakan pahala amal ibadat adalah apabila ia dilakukan oleh seseorang yang kuat taqarrubnya dengan Allah s.w.t.

Oleh yang demikian marilah kita bersama merebut kurniaan pahala yang Allah janjikan di bulan yang mulia ini.Walaupun tau diri ni lemah..tapi tanamkan keazaman dan berusaha.

Kepada sesiapa yang rasa nak marah, nak meletup tu...ingatlah juga bulan ini juga bulan kesabaran....12.40 p.m.

-masih kat sekolah...lama tak update...jadi penuhkan masa free yang seciput ni untuk menaip skit-....k wassalam.

IHSAN

Tahniah buat kak eda dan husaimi kerana telah menambah ahli keluarga "WAN NURUL IHSAN BINTI WAN HUSAIMI" kerana segalanya bermula di Ihsan maka terukir nama buah cinta pertama "ihsan" :-) AL-IHSAN BOLEH!

AKHIRNYA : "INILAH SAYA, ANDA PULA SIAPA?"

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid Hasan al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya kepada orang ramai. Beliau berkata :

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni".

"Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian Alam, tiada yang mempersekutuinya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri".
"Inilah saya anda pula siapa."
Hassan al-Banna
hujan turun renyai-renyai, mata pun dah ngantuk...tapi teringat kata-kata indah imam Hassan al-Banna ni buat aku bersemangat untuk menaip walaupun dah jauh malam...semoga kita jelas siapakah kita...Semoga kita melahirkan generasi yang lebih baik dari kita...selamat malam buah belahan jiwaku..selamat malam buat semua ahli ali khalil dan ali adnan...

ISTERI SOLEHAH PASTI PELIHARA 10 SIFAT


Oleh Dr Hafidzah Mustakim

Ikutilah rencana berdasarkan tajuk di atas yang telah dipetik daripada akhbar harian untuk renungan bersama. DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.
Saya membalas : Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.

Catatan Penulis : Tulisan ini dipetik dan diedit daripada zahraannur.wordpress.com

Istimewa buat yang teristimewa...Herny Farhanna.



Gambar di Pantai Pelindung, Beserah. Tempat yang sangat istimewa bagi saya sejak sekolah rendah. Bahkan tempat ini istimewa bagi family kami keseluruhannya. 1984 abah mula bertugas di Kuantan seingat saya dan kami tinggal tidak jauh dari kawasan pantai ini pada ketika itu. Pemandangan yang sangat indah seharusnya mengingatkan kita kepada kehebatan penciptaNya. Lantaran istimewanya tempat ni dihati saya, kerap kali apabila berkunjung ke sini saya mengatakan di dalam hati "Pemandangan yang indah ini akan menjadi lebih indah andai ia dapat dikongsi dengan orang yang istimewa".