Labbaikallahumma Labbaik

Sekarang ni musim orang dah mula berangkat ke Tanah Suci...seronok nye rasa dapat pergi..bila pulak giliran kita jadi tetamu Allah ye..Kalu sape2 yang mendaftar kat Tabung Haji sekarang, tahun 2025 baru dapat pi..

27hb baru ni ibu dan bapa mertua pergi menunaikan haji, tak ketinggalan guru semasa sekolah rendah dan sekarang bertugas di sekolah yang sama, cikgu Rosli dan isteri pun pergi jg..teringat pada satu buku yang pernah dibaca "Haji Muda" tulisan Ridzwan Bakar..rasa bersemangat nak pegi muda2 ni..selalunya di sana, orang Indonesia yang ramai pergi muda2..dan sekarang baru jadi ikutan negara kita...apa untungnya pegi haji muda2?..fizikal masih kuat untuk beribadah..hikmah haji dapat diaplikasi dalam kehidupan dan baru rasa bermakna...teringat seorang sahabat yang bercita2 dan berusaha bersungguh2 nak pegi haji sebelum umur 30 tahun. Alhamdulillah, pada umur 27 tahun, Allah memudahkan urusannya ke sana..tapi kalu tengok usaha nya mengumpul duit nak ke sana, masya allah..tak boleh lawan..sebab semangatnya nak menunaikan fardu yang kelima ni...

Dalam buku 'Haji Muda' ni, penulis sanggup menjual merce nye sebab nak pi haji dan meninggalkan anak yang ketika itu berusia 5 bulan..memang betul2 berkorban..terlintas di minda, orang sibuk2 tukar kereta baru, tambah aset tapi masih belum menunaikan haji, rugi 1 nikmat hidup...kalu memang dah mampu n dah pergi haji tak la kisah sangat kan..ini pun ALLAH dah uji kite dengan desakan2 dunia..nak test iman hambanya...cuma kite je kadang2 tak nampak atau buat2 tak nampak

Buku 'Travelog Haji' tulisan Prof Dr Muhd Kamil juga ternyata dapat memberi kesan kepada pembaca. kenapa orang yang pegi haji dikatakan tetamu Allah? Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, "Orang2 yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadanya pasti diampunkan". dan dalam satu lagi hadis dari Nasa'i dan Ibn Hibban "Tetamu Allah ada 3, orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang fisabilillah".

Allah memberi keistimewaan pada org2 yang solat di Masjidil Haram. Sekali solat di sana, pahalanya sama dengan 55 tahun 6 bulan 22 hari bersembahyang di masjid lain kecuali di Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. Sekiranya sehari semalam, pahalanya bersamaan 277 tahun 9 bulan 10 hari. Allah menurunkan 120 rahmatnya setiap hari di Masjidil Haram iaitu 60 rahmat untuk mereka yang bertawaf, 40 untuk mereka yang sembahyang dan 20 untuk mereka yang hanya memandang kaabah.

Di sana juga, terdapat tempat2 yang mustajab untuk berdoa spt di Multazam, Hijir Ismail, bawah pancur emas, Makam Ibrahim, Bukit Safa dan Raudhah. Segala2nya Allah bagi kepada hambanya untuk menyucikan dosa dan manambah pahala supaya kita dapat mengumpul bonus ini apabila bergelar tetamunya kelak...Insya Allah..amin...

Tak dapat digambarkan dengan kata2 keinginan untuk menjejakkan lagi ke tanah suci..semoga Allah mempermudahkan segala urusan, membersihkan hati untuk ke sana kelak andai terpilih bergelar tetamu Allah ini...Labbaikallahumma labbaik...

No comments: