Salam...bulan Mei ni merupakan hari yang sibuk dan banyak tarikh penting huhu...ada 5 org yang sambut hari lahir dalam Mei ni..my hubby, pak cu, hanis, syahmi n tirah..ditambah dengan hari ibu n hari guru..
Sempena hari guru ini, nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik n membimbing hingga menjadi manusia yang dapat mencurahkan ilmu kepada generasi akan datang..kalau nak kira, memang ramai guru yang telah mengajar dari tadika sampai ke menara gading..moga kalian dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..terima kasih cikgu...
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu Tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979
|
|