SELAMAT HARI GURU

Salam...bulan Mei ni merupakan hari yang sibuk dan banyak tarikh penting huhu...ada 5 org yang sambut hari lahir dalam Mei ni..my hubby, pak cu, hanis, syahmi n tirah..ditambah dengan hari ibu n hari guru..

Sempena hari guru ini, nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mendidik n membimbing hingga menjadi manusia yang dapat mencurahkan ilmu kepada generasi akan datang..kalau nak kira, memang ramai guru yang telah mengajar dari tadika sampai ke menara gading..moga kalian dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..terima kasih cikgu...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu Tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



No comments: