Konvokesyen UM 2009

Bersama rakan seperjuangan, Haji Mail Besar yang kini merupakan salah seorang Gabenor Wilayah di Negara Brunei Darussalam.


Bersama ibu dan kedua mertua...terima kasih..

Bersama isteri tercinta...abadi selamanya...


Di lorong DTC...

.....tiada ayat yang boleh aku ucapkan melainkan Alhamdulillah atas kejayaan ini. Terlalu panjang perjalanan mendapatkan segulung ijazah Sarjana ini walaupun bermula awal setelah menamatkan sarjana muda pada tahun 2002, setelah menamatkan kelas wajib selama setahun, pada pertengahan tahun 2003 sehingga 2004 persiapan awal menulis tesis telah aku lakukan, namun pada pertengahan tahun 2004 pihak MARA telah menamatkan pinjaman pelajaran yang merupakan satu-satunya sumber kewangan terbesar aku pada masa tu. Pihak MARA sepatutnya memberikan pinjaman sebanyak 16 ribu sebagaimana yang telah dipersetujui dalam surat perjanjian..namun kerana kegawatan ekonomi pada ketika itu permohonan aku untuk mendapatkan perlanjutan pinjaman telah tidak diluluskan dan pinjaman telah diberhentikan ketika pinjaman baru berjumlah lebih kurang 14 ribu..Dengan itu aku mengambil keputusan untuk kembali ke Kuantan. Tahun 2005 aku telah ditawarkan mengikuti KPLI di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Harapan untuk menyelesaikan penulisan tesis ketika kursus ini hanya tinggal harapan. Jarak yang jauh daripada KL dan ketiadaan bahan-bahan, selain kursus yang sangat padat jadualnya menyebabkan aku menangguhkan penulisan tesis dan menumpukan kepada KPLI sepenuh masa. Tamat tahun 2005, aku memulakan lembaran kehidupan baru di negeri bawah bayu apabila aku di postingkan untuk mengajar di bumi indah Tenom Sabah, sebuah kawasan pedalaman yang jaraknya daripada Kota Kinabalu lebih kurang 250 km. Maka sekali lagi penulisan tesis ini tertangguh dan menyebabkan aku tidak boleh konvo. Namun dengan sedikit kekuatan yang diberikanNya aku mengambil keputusan untuk pulang ke semenanjung setiap cuti persekolahan untuk menyelesaikan penulisan tesis ini. Alhamdulillah ketika penulisan tesis sampai ke peringkat akhir pada pertengahan tahun 2008 permohonan aku untuk bertukar mengajar di semenanjung telah diluluskan oleh pihak kementerian. Ini memberi peluang yang luas untuk aku menyelesaikan penulisan tesis ini..2 minggu setelah pulang ke semenanjung, kami di kurniakan cahaya mata pertama `Ayyash Amjad..maka aku pun menangguhkan sekali lagi penulisan tesis ini selama lebih kurang 2 bulan untuk memberi tumpuan menguruskan baby dan uminya..Setelah itu aku hanya mempunyai lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menghabiskan penulisan tesis sebelum tamat tempoh...aku pun membuat pecutan terakhir dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tesis pun berjaya disiapkan...sepanjang perjalanan menyiapkan tesis ini aku telah mendapat bantuan yang sangat berharga daripada ramai individu yang memberikan galakan, motivasi, bantuan kewangan, sumbangan idea dan sebagainya...Penghargaan yang tidak terhingga aku rakamkan buat isteri tercinta Herny Farhanna yang menaip sebahagian tesis ini dan memberikan bantuan-bantuan lain yang tak dapat disebutkan, Dr Mohd Fauzi bin Hamat yang menyelia tesis yang aku tulis dengan tolak ansur dan pemahaman yang sangat tinggi atas keadaan yang melingkungi aku sepanjang penulisan tesis ini...kepada individu-individu lain yang membantu dan rakan-rakan seperjuangan, Khairiyyah Parmin, Haji Mail Besar (Brunei), Norfarani, Kak Suliah, Kak Hamimah, Syahmun Yahya, Ustaz Baha` bin Mokhtar semoga tuhan membalas dengan sebaik-baik balasan atas bantuan dan galakan kalian..amin.
p/s : alfun mabruk alaik!!! lot's of love..herny & 'ayyash...

1 comment:

Unknown said...

wah....dahsyat tul perjlanan nak mengabihkan study sarjana...apapun tahniah diucapkan..dari sahabt lama ex SMAI...balkis