RAMADHAN KAREEM...ALLAHU AKRAM!

Selama 11 bulan dalam setahun, kita sentiasa mengisi perut dengan makanan.Makanan ini masuk ke dalam perut mengikut waktu ataupun mengikut hawa nafsu yang tidak menentu. Apabila kita makan, anatar organ yang tidak pernah berhenti berehat adalah hati, perut, limpa dan sebagainya. Mereka menerima dan memproses makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan. Malangnya organ ini disalahguna bagi memenuhi tuntutan nafsu makan. Apabila organ ini tidak rehat secukupnya, keupayaannya menurun dan sistem penghadaman boleh berlaku.

Oleh itu Allah memperuntukkan dalam setahun, hanya satu bulan dipilih bagi merehatkan sistem badan ini. Ia bagi merehatkan sistem dan mengembalikan kekuatannya. Selain itu, ia juga dapat mengawal tekanan darah dan merehatkan pergerakan jantung, usus dan sebagainya serta memulihkan kecergasannya. Hasilnya memberangsangkan setiap kali menjelng waktu berbuka dan selepas hari raya.

Dr Carlo dari Amerika Syarikat menasihatkan orang ramai supaya berpuasa selama tempoh tertentu dalam setahun mengikut contoh puasa orang Islam. Ia bagi mengurangkan kadar kuman dan bakteria yang berpunca daripada makanan.

Beliau menegaskan " Islam adalah agama terbaik kerana mewajibkan puasa dan menjaga kesihatan. Muhammad yang membawa ajaran ini membawa ajaran yang baik dengan menganjurkan supaya mengawal sakit melalui puasa dan solat. Ada pessakit yg saya nasihatkan supaya mencontohi orang Islam supaya berpuasa bukan kerana ibadat tapi rawatan. Ia menunjukkan kesan yang menyembuhkan".

Ini adalah pengakuan pakar perubatan bukan Islam mengenai puasa. Kelebihan ini berlaku dengan syarat individu itu berpuasa dan menjaga adab ketika berbuka puasa.

Sekadar renungan bersama....dipetik dari buku yang di beli oleh my hubby sempena ramadan bertajuk "Ramadhan Tetamu yang Dirindui" tulisan Dato' Ser Haji Abdul Hadi Awang...

No comments: