HATI YANG LEMBUT DAN FIKIRAN YANG JERNIH

"Barangsiapa meninggalkan dosa-dosa, nescaya lembutlah hatinya, dan barangsiapa meninggalkan perkara yang haram dan makan makanan yang halal, maka jernihlah fikirannya."
Hati yang lembut adalah hati yang tulus menerima nasihat agama dan mematuhinya serta melaksanakannya dengan khusyuk. Fikiran yang jernih ialah fikiran yang mampu berfikir dengan cemerlang tentang ciptaan-ciptaan Allah dan seterusnya meyakini bahawa Allah lah tuhan yang Maha Berkuasa yang menghidupkan semula manusia kelak setelah kematiannya.
Keyakinan tersebut dapat diperolehi dengan merenungkan melalui fikiran dan akal, bahawa sesungguhnya Allah menciptakan manusia bermula daripada setitis air mani yang menyatu di dalam rahim, berubah menjadi segumpal darah, kemudian menjadi daging, otot, saraf sehingga terbentuknya seluruh anggota badan manusia. Selain itu Allah juga memudahkan janin keluar daripada rahim, serta mengajarkan para ibu untuk menyusui bayi-bayi mereka. Bayi yang baru lahir belum memiliki gigi, atas kuasa Allah S.W.T ditumbuhkan gigi dan ditanggalkan kembali ketika berumur tujuh tahun. Kemudian Allah menggantikannya sekali lagi dengan menumbuhkan gigi yang baru pula.
Allah S.W.T menjadikan keadaan manusia berubah daripada kecil menjadi dewasa, kemudian tua dan daripada sihat menjadi sakit. Dia menjadikan pula semua makhlukNya tidur dan bangun setiap hari. Malam dan siang silih berganti melalui perubahan peredaran matahari dan bulan. Kesemuanya datang dan pergi silih berganti. Berdasarkan itu semua, maka jelaslah bahawa Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu adalah Allah yang mampu menghidupkan semua yang telah mati. Oleh yang demikian wajib bagi hamba Allah memperbanyakkan tafakkur untuk menambah kuat keyakinannya tentang adanya kebangkitan setelah mati. Selain itu wajib pula mengakui adanya perhitungan terhadap seluruh perbuatannya selama hidup di dunia. Natijah akhirnya nescaya akan timbul semangat dan kesungguhan untuk menjunjung tinggi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
"meredah malam yang sepi di kejauhan pendalaman Sabah..." Herny di Kuantan dah lama tido..semoga bermimpi indah...Tulisan tersebut saya petik daripada kitab Nasoihul `ibad karangan Imam Nawawi..

No comments: