Ramadan Pantas Berlalu...

Sedar tak sedar hari ni dah hari ketujuh Ramadan. Seperti biasa hari-hari di bulan Ramadan berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Ramadan merupakan nikmat, hadiah dan kurniaan daripda Allah untuk umat Muhammad. Gandaan pahala untuk setiap amal ibadah yang dilakukan di dalam bulan ini tidak di temui dalam bulan-bulan yang lain.

Menurut para ulama Allah menggandakan pahala sesuatu amalan dalam tiga keadaan iaitu :

Yang pertama apabila ia dilakukan di tempat yang mulia seperti Allah menggandakan pahala satu rakaat sembahyang di Masjidil Haram seumpama 100 ribu rakaat. Begitu juga satu rakaat sembahyang di Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa yang masing-masing digandakan kepada 1000 rakaat dan 500 rakaat.

Sebab kedua Allah menggandakan pahala amal ibadat apabila ia dilakukan di dalam waktu-waktu yang mulia seperti Allah menggandakan pahala amal ibadat yang dilakukan di dalam bulan Ramadan.

Manakala sebab yang ketiga Allah menggandakan pahala amal ibadat adalah apabila ia dilakukan oleh seseorang yang kuat taqarrubnya dengan Allah s.w.t.

Oleh yang demikian marilah kita bersama merebut kurniaan pahala yang Allah janjikan di bulan yang mulia ini.Walaupun tau diri ni lemah..tapi tanamkan keazaman dan berusaha.

Kepada sesiapa yang rasa nak marah, nak meletup tu...ingatlah juga bulan ini juga bulan kesabaran....12.40 p.m.

-masih kat sekolah...lama tak update...jadi penuhkan masa free yang seciput ni untuk menaip skit-....k wassalam.

No comments: